Monday, December 5, 2016

Salam perkenalan (samb)

Ok...
Kita sambung lagi....



Semasa dalam kursus peralihan di Perhebat Kem Sungai Buloh, saya ada join grup Food Truck yang sedang rancak mempromosikan jualan mereka di Muka Buku. Dari situlah timbul minat untuk mendapatkan sebuah lori untuk dijadikan food truck dan seterusnya menjadi perkerjaan kedua selepas berpencen. Tentang menu, saya tak perlu risau kerana apa yang dipelajari semasa kursus boleh diadaptasi diatas food truck nanti.

Bermula dari situ, saya terus menumpukan perhatian sepenuhnya pada pembelajaran yang diajar oleh tenaga pengajar. Kena pula apa yang diajar memang diminati dan mudah difahami.

Dilajukan cerita, selesai sudah pengajian di Perhebat Kem Sungai Buloh. 3 semester di bahagian Masakan Gerai dan 3 semester di bahagian Masakan Kafeteria dan alhamdulillah saya dipilih sebagai salah seorang pelajar yang komited.

Selepas 'graduate' dari Perhebat, kini tibalah masa untuk mencari LORI untuk dijadikan food truck. Alhamdulillah saguhati dari tamat perkhidmatan yang diterima 'ngam-ngam' selepas saya 'graduate'.
Memula saya ingat ingin mencari lori biasa BDM1200kg sebagai lori food truck. Namun apabila selepas membuat research yang banyak di media eletronik serta dari ceritera rakan-rakan didalam grup muka buku, saya menukar rancangan awal untuk mencari lori yang bersaiz kecil. Selepas research di dalam Mudah.my maka saya terjumpa iklan berkenaan Lori Hicom MTB150dx tahun 2000 yang berharga RM31500 selepas diminta diskaun. Terus hubungi penjual yang berada di Senawang dan tetapkan tarikh untuk melihat sendiri Lori tesebut.



Alhamdulillah selepas melihat keadaan sebenar lori tersebut, perjanjian jual beli pun dibuat.





Dan pada 25 April 2016, Lori ini sah menjadi milik sah saya dibawah pendaftaran syarikat SBMC Resources.


Fuh.... panjang juga menaip.... kita sambung lagi nanti.....

No comments:

Post a Comment