Sunday, December 4, 2016

Salam Perkenalan Untuk Semua

Assalammualaikom dan Salam Sejahtera....

Terlebih dahulu saya ingin panjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menitipkan kisah bagaimana 'Budak Gumuk Kitchen' bermula. 


Sebelum itu, saya lebih dikenali dengan panggilan nama 'Sarjan Bluess' di muka buku dan merupakan seorang pesara tentera yang bersara pada awal 2016 setelah berkhidmat selama 24 tahun. Semasa dalam perkhidmatan saya bertugas sebagai Auditee dan juga sebagai seorang Juruteknik Kanan bagi pesawat Agusta A109LOH milik 881 Rej PUTD. 

Semasa peralihan tamat perkhidmatan, saya telah memilih Bahagian Kulinari sebagai kursus sampingan sebagai persediaan berada di dunia luar. Namun begitu, oleh kerana tiada kekosongan saya cuma berjaya mendapat tempat dibahagian 'Masakan Komersial' yang memakan masa cuma selama 6 bulan sahaja.


Alamak... lauk dah hangus...nanti kita sambung balik.... Tata titi tutu


No comments:

Post a Comment